Fulfillment Warehouse Team Lead (Ninja Mart)
Ninja Van • shah alam, selangor • Posted June 11, 2026
About the Role
Fulfillment Warehouse Team Lead
bertanggungjawab menyelia operasi harian gudang, memimpin pembantu gudang, dan memastikan sasaran operasi dicapai dengan berkesan.
- Penyeliaan Operasi Gudang: Menyelia aktiviti harian gudang, memastikan SOP dan keselamatan dipatuhi, mengurus tugasan staf, serta menangani isu operasi.
- Kawalan Inventori & Ketepatan: Memastikan rekod stok tepat, menjalankan kiraan stok, memantau FIFO/FEFO, dan menyelesaikan perbezaan stok bersama pasukan berkaitan.
- Kepimpinan Pasukan & Pengurusan Prestasi: Menyelia dan melatih Pembantu Gudang, membimbing staf semasa bekerja, memantau prestasi harian, dan menyokong staf baharu.
- Pemenuhan Outbound & Penambahbaikan Berterusan: Memastikan pesanan dihantar tepat dan mengikut masa, menyelaras proses penghantaran, menambah baik operasi, dan menyediakan laporan ringkas.